Friday, January 30, 2009

1992 - warna-warni syawal

syawal tiba dengan penuh kesyukuran, aku sudah lupa perihal mencuri duit busu.. parut sudah sembuh dan tiba lah masa untuk bergembira bersama sanak saudara~ yeah~ ...

kedatangan syawal dimeriahkan dengan kepulangan anak-anak atuk, ini termasuklah cucu-cucu atuk .. di antara keluarga yang sudah tiba ialah mak aku, mak nomah, pakteh, mak ndak, busu dan anjang.. rumah atuk mula riuh rendah dengan suara cucu-cucunya berlari-lari, menjerit-jerit dan bersuka ria.. syawal disambut dengan penuh keseronokan.. keluarga paklong tiba pada malam sebelum raya dan cukuplah 'korum' kami sepupu-sepapat, diketuai oleh along anak maknomah, timbalannya kak pidah anak paklong diikuti adik-adik yang lain mengikut peringkat umur seperti, abang boy, yuhan, kak liza, erin, yuhan dan diakhiri oleh aku ... rasanya ada ramai lagi , tapi yang aku ingat tu je la ... takpe, nnt aku akan edit kalau ada penambahan yang berpatutan ... anyway, malam sebelum raya kami akan memulakan aktiviti malam kami dengan main permainan-permainan rakyat, seperti main nombor, jentik-jentik tangan, dan diikuti oleh lari-lari satu rumah... seterusnya, aktiviti terhenti sebentar apabila pakteh mula memakar salah satu mercun askar kepunyaannya, KKEEEPPPOOOWWWW!!!! .... kami terkejut ... lantas menjerit ... "wooiiiii, pakteh bakar mercun.. JJJOOMMM!!" .. kami akan berlari ke depan rumah untuk menyaksikan persembahan amatur pakteh selaku polis hutan .. kami akan dibekalkan dengan bunga api untuk melepaskan gian seterusnya berlari-lari sekeliling atuk .. pada ... ruang anjung atuk akan dipenuhi oleh kami sedara mara dan juga pakcik-pakcik yang pada masa itu sudah nampak sifat-soafat kebudak-budakan mereka.. manakala atuk dan makcik-makcik aku akan berada di dapur untuk menyediakan juadah pagi raya ...

aktiviti kami sepupu-sepupu tidak berakhir sesudah bunga api habis, kami akan meneruskan aktiviti dengan mula membuka cerita-cerita hantu ... waaaaa.. yang tua-tua akan mula mendendangkan koleksi cerita-cerita hantu sekolah dan berbagai-bagai lagi yang membuatkan bulu roma yang baru hendak tumbuh meremang tak sudah ...

malam diteruskan dengan kami sedara mara akan berkumpul didepan televisyen mencari tempat tidur yang selesa dan akan menghabiskan malam dengan menonton televisyen siaran singapura.. ouh, untuk pengetahuan anda, aerial di muar akan terletak tinggi di atas tiang untuk mendapatkan siaran televisyen di singapura dan ia memang pemandangan biasa jika anda smpi ke muar. jadi, jangan terkejut ya .. kami tidak membela burung.. hax.. lalu, mata-mata kuyu kanak-kanak mula terlena......

pagi syawal menjelang dengan alunan takbir dari masjid berdekatan, kami bersiap-siap dengan baju-baju raya perbagai warna... sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat syawal, kami akan beratur mengikut eringkat umur dan keluarga masing-masing... anak-anak atuk akan bersalaman dengan atuk, meminta maaf dan meminta dihalalkan makan minum masing-masing. air mata mula mengalir .. tetapi kami, cucu-cucu tidak memahami maksud disebalik linangan air mata tersebut hanya kerkekeh-kekeh menahan gelak melihat ibu masing-masing mengalirkan air mata .. dan apa yang menyeronokkan pada masa itu, kami akan mendapat duit raya .. yay! ... tanpa rasa malu, kami akan menagih duit raya .. selesai sesi meminta maaf dan menagih duit raya, kami sekeluarga akan duduk untuk menikmati juadah syawal yang memang menjadi kehebatan atuk diantaranya ialah, ayam masak merah, rendang daging, kuah lodeh, sambal kacang, sambal goreng dan pelbagai jenis ketupat.. hidangna di depan mata tidak dilepaskan dengan masing-masing mula menjamu selera... dan masanya sudah tiba untuk ke masjid ...

selesai ke masjid, kami akan berehat-rehat atau pun mula berlari-lari kembali .. hax ... menjelang petang, kami akan menukar pakaian dan mula beramai-ramai bersedia untuk beraya di sekitar kampung untuk mengutip duit raya di rumah orang lain pula .. dan masih ku ingat , kalau beraya rumah orang lain , mesti dapat duit raya sikit je . adalah dalam satu sampul tu dalam 30sen, 50sen .. susah sangat nak dapat seringgit .. ye lah aku pun faham , ekonomi orang kampung.. walau macamana pun, syawal memang indah ... warna warni syawal ..

kepada adik-adik, jangan berkira sangat ye dengan orang yang bagi duit raya sedikit .. tangna yang memberi lebih baik daripada yang menerima .. ingat tu ...!! .. ouh , next post , aku akan ceritakan , bukti-bukti keganasan pakteh!! .. nantikan MEGA!!

Thursday, January 29, 2009

1990 - ngompol

sepanjang tempoh aku tinggal dengan atuk di kampung, aku banyak mengikut beliau berjalan-jalan .. tidaklah jauh perjalanan kami, tetapi telah menjadi rutin atuk, akan tinggal di rumah anak-anaknya untuk seketika .. bukan untuk menyusahkan, tetapi menghilangkan rindu terhadap anak-anak nya yang sebelas orang tu .. aku sebagai cucu, akan mengikut atuk kemana saja beliau pergi .. cucu manja la katakan .. dan tidak selain aku, sepupu-sepupu aku yang lain juga tidak kurang manjanya, apabila akan mengikut atuk .. jeles agaknya ..yang selalunya ialah anak mak normah iaitu, along, bang boy, dan erin .. dek an tidak lahir lagi pada masa ini ....

cerita bermula pada waktu adik aku lely dilahirkan, kebetulan atuk ke rumah alang di mersing .. dan sudah menjadi budaya anak-anak perempuan atuk yang akan tinggal dikampung sepanjang tempoh berpantang, memandangkan atuk berada di mersing, mak pun berpantang di mersing.. perjalanan ke mersing pada waktu itu amat memenatkan, ye lah, tiada lagi highway yang memendekkan jarak antara muar ke mersing.. jalan yang bengkang bengkok, membuatkan aku yang masih kecil mudah untuk mabuk kereta lantas muntah-muntah .. alang menjadi mangsa kerana setiap kali aku hendak muntah mereka akan kecoh-kecoh memberhentikan kereta untuk memudahkan aku muntah diluar ..

ok setelah sampai, tempat tidur kami seperti biasa ialah di hall depan televisyen .. hehe .. menjelang petang, alang membawa kami berjalan-jalan ke pantai dan melawat rumah sahabt-sahabatnya selain melawat tempat kerja alang .. (alang kerja di pusat pemulihan dadah) ... alang akan sedaya upaya menunjukkan kepada atuk yang beliau sudah boleh berpijak di atas kaki sendiri .. dan atuk seperti biasa akan bangga dengan pencapaian anak-anaknya...

malam menjelma, dan sudah sampai waktu untuk tidur.. kami (aku dan sepupu-sepupu) membentangkan tilam di hall untuk kami tidur .. dan walaupun sebelum tidur, tempat masing-masing sudah disusun tetapi, menjelang pagi, semua akan tidur bergelimpangan ...

untuk pengetahuan umum, aku pada umur 5 tahun mempunyai satu penyakit biasa kanak-kanak iaitu ngompol dalam bahase jawa nya atau kencing malam dalam bahasa melayu.. dan pada pagi itu, aku dikejutkan dengan bunyi riuh rendah ...

atuk : NII SAPA YANNNNGGG NGGOOOMMMPOLL NIIIII!!!!!
aboy : entah atukkk ... tak tau .. bukan aboy !!...
along : ERINN kot tokk ... oiii erinn .. ko ngompol ek??
erin : eeh , apasal aku pulak .. ejad la ...

aku yang baru bangun , terkebil-kebil .. mula menangis ...

aku : mana ada ad ngompol ... mana ada ... isk isk is .. (aku menangis).. erin la tuk ... bukan ad .

dalam teresak-esak tangisan aku, aku teringat yang erin ada mengatakan dekat aku pada waktu pagi itu,

erin : ad, jom ikot aku g tandas, aku nak kencing la ...
aku : ala, tanak la erin , takut la .. (aku sambung tidur)

dan kini aku mengerti yang erin tidak ke tandas dan dia meneruskan 'hajat'nya di tempat tidur ku .. kuaja nya kazen .. aku dihukum di atas kesalahan yang tidak aku lakukan .. sepanjang hari aku dicemuh oleh sepupu-sepupuku, erin yang tanpa rasa bersalah turut mencemuhku ... wahai erin .. aku berdendam dengan kau sampai sekarang .. hehehe ... sekian ...

kepada adik-adik .. jangan ngompol-ngompol tau, nnt dicemuh masyarakat dan kepada sepupuku, aku tau .. kau ngompol .. apesal kau tuduh aku ... kuajakkkkk!!!



edited 30/01/09 - 12.45am

setelah berbelas tahun cuba memperbaiki nama baik aku yang tercemar di mata atuk, alang dan sepupu-sepupuku, aku berjaya mendapatkan pengakuan ikhlas daripada erin ..

aku : (perbualan yang panjang sebelumnya dipotong sehingga ke bahagian pengakuan)
aku: anyway, ko mengaku kan
aku : mmg ko yang ngompol dulu kan??
aku : btl tak??
aku: sbb smpi skang , aku yakin aku tak ngompol
erin amok: memngla nk slamatkn dri ngok tp bjaya kn lakonan aku smpai skg org x dpt detect
aku : hahahaha
aku : mmg aku post la pengakuan ko ni yin oiiii
aku : hahaha
aku : padan muke
aku : akhirnya terbukti aku tidak bersalah
aku : muahahaha
erin amok: tp ko jak tau ko xslah yg lain sume tau ko tu bsalah tmasuk alang skali kekkeek
aku : arghhh
aku : aku tak kire .. ko mmg kuaja
erin amok: trima leh seadanya aku bkal da best actress kekekek
erin amok: hehheehheh

kepada atuk, emak, alang, along dan abang boy ad tak bersalah .. i was framed .. kepada dunia, tahukan kau perkara sebenar .. muahahaha .. padan muka kau erin amok .. lalalala

Wednesday, January 28, 2009

1990 - ikan dan anak si katak

huhuhu, tahun 1990 .. hidup masih lagi mudah untuk kanak-kanak seperti aku , aku masih tinggal dengan atuk dan busu ku dikampung.. setiap hari aku akan mempelajari perlagai perkara baru, dari atuk, busu dan achik malah televisyen.. hax..

cerita kali ini lebih kepada busu dan achik aku.. kisah kali pertama aku belajar menangkap ikan.. waktu-waktu petang di kampung merupakan satu suasana yang indah dimana semua penduduk kampung akan keluar dari rumah masing-masing, dan akan beriadah bersama keluarga mereka, bertegur sapa dengan jiran tetangga dan juga untuk mengemas laman mereka... waktu ini dihabiskan oleh aku dengan mengikuti busu dan achik untuk menangkap ikan.. tempat yang akan kami pergi ialah parit depan rumah atuk ... parit yang dahulu nya masih jernih mengalirkan ari hitam (kerana geologi kawasan) .. menempatkan perlbagai ikan yang menari-nari meminta untuk ditangkap.. busu dan achik akan memulakan operasi menangkap anak-anak ikan ini dengan mencari botol atau tin kosong untuk dijadikan jerat ....

sebenarnya tidak la secomplicated mana pun jerat diorang ni , hanya meletakkan muncung botol atau tin melawan arah arus parit itu.. setelah menunggu seketika, busu akan mengangkat botol tersebut dan apa bila melihat seekor dua ikan tersangkut di dalam botol, kami akan menjerit kegembiraan..

kami : yay.. yay .. dapat ikan ..

makcik aku berdua itu akan join aku kesukaan .. hax .. apa yag menarik perhatian aku disini ialah, ikan yang diperolehi itu, akan di letakkan di atas meja makan.. dan bagi aku, ia menjadi satu kebanggaan jika aku dapat menangkap ikan aku sendiri .. aku pasti boleh !!

keesokkannya, aku memulakan aktiviti menangkap ikan aku dengan mencari tin kosong, seterusnya meniru aksi-aksi busu dan acik, masuk ke dalam parit dan meletekkan tin di tempat yang sesuai ... aku menunggu... menunggu lagi ... namun jiwa kcilku bergolak untuk melihat jerat yang aku kenakan itu mengena atau tidak ...

aku angkat.. tin masih kosong.. aku letak ...
seminit dua berlalu...tick tock tick tock ...
aku angkat lagi .. tin masih kosong .. aku letak semula ...
masa berlalu pergi lagi ..tick tock tick tock
aku angkat lagi dengan harapan menggunung... MANA IKKKAAANN NIII!!!! ..

aku berang dengan ikan .. syaitan merasuk fikiran. aku ambil segenggam batu dan masukkan ke dalam parit ..

"MAAATTTIII KAUU IKKKAAANNN!!!!"

nafsu jahat aku membuatkkan aku melakukan perkara berdosa itu .. maafkan aku ikan ...

aku berjalan pulang ke rumah atuk .. tetapi dlm perjalanan aku terjumpa lopak ... dalam lopak tu , aku ade nampak "ikan" berenang-renang..

nape la busu dan achik tak tangkap ikan kat sini je .. aku terus serkup "ikan" banyak-banyak dan berlari pulang ...

"atttuuukkk .. ad dapat ikan .. yay .. yay .."

aku dengan gembiranya meletakkan "ikan-ikan" aku atas meje makan ....

atuk hanya tersenyum melihatku ....

busu pulang ... dilihatnya terdapat sebiji botol lebih di atas meja..

busu : mak, sape punya botol tu??
atuk : budak ejad tu punya .....

busu membelek botol ....

busu : mak, ni berudu la .. gelinya ....
atuk : ye mak tau .. jangan buang.. melalak kang si ejad tu ..
busu : oooooo

malam menjelma ...

aku : atuk ... pandai kan ad .. ad tangkap ikan ...
atuk : ye , cucu atuk pandai ... cium sikit ..
aku : (senyum kepuasan )

aku tidur kepuasan hari itu ... atuk menyangi aku .. aku tau ... dan pada keesokkannya, aku sudah lupa "ikan-ikan" aku ... sebab mereka sudah tidak berada di tempatnya .... dan kini setelah berbelas tahun berlalu . .. aku faham ... 'ikan-ikan' aku sudah dibuang dan ia bukan 'ikan' tetapi ialah anak-anak si katak ....

buat si ikan .. maafkan aku ..
buat si katak .. anak kau tak comel ..
buat busu dan achik .. terima kasih ...
buat atuk .. aku merindui mu ... al-fatihah

Tuesday, January 27, 2009

1992 - katakan tidak pada botak..mengapa??

post ini berkaitan dengan sebab-sebab aku katakan tidak pada botak

menjelang masa-masa aku untuk berpindah ke rumah baru, ayah dan emak telah menghabiskan masa hujung minggu untuk menyediakan rumah yang bakal kami duduki.. maksud menyediakan yang aku nyatakan disini ialah, proses mengemas dan membasuh rumah baru kami.. aku dan adik aku lely (masa itu hanya kami dua beradik) tidak terlepas peluang untuk turut sama menolong membasuh walaupun kehadiran kami hanyalah menambahkan beban.. tetapi walau bagaimanapun, apa yang pasti, kami berseronok di sana.. sehinggalah pada satu hari...

hari itu hari minggu, family aku dan juga family pakcik aku tak silap aku family mak normah telah datang untuk membersihkan rumah.. ouh , mak normah membeli rumah belakang rumah kami... para ibu bapa memjalankan tugas-tugas mereka dan seperti biasa aku dan sepupu-sepupuku akan berlari-lari di sekitar kawasan yang memang masih di dalam pembinaan itu.. kawasan rumah aku ni dibina di atas bekas lombong dan kawasan sekitar masih lagi memperlihatkan ciri-ciri lombong dengan dipenuhi oleh batu-batu kecil yang amat menarik minat aku semasa kecil .. "boleh buat batu cincin" kataku setiap kali menjumpai batu menarik..

aku dan sepupu-sepupuku akan mengutip batu yang terletak di sungai bersebelahan dengan rumah (sungai long namanya) dan kami akan membaling masuk ke dalam sungai .. kiranya, siapa baling paling jauh, dia lah paling hebat.. haha .. sungguh meriah perayaan membaling batu kami sehinggalah secara tidak sengaja, salah seorang sepupu aku telah membaling batu dan terkena tepat di kepala aku ... aku seperti biasa akan menangis dan dengan darah yang berjujuran berlari mendapatkan kedua-dua orang tuaku ...

sakit sangat ... isk2 ...

nasib malang aku tidak berhenti di situ, setelah darah berhenti mengalir, aku meneruskan aktiviti berlari-lari seperti biasa dan terdapat satu benda yang amat menarik perhatian kami pada waktu itu.. benda yang terletak di padang depan rumah itu ialah mesin pembancuh simen.. kami sepupu sepapat akan bermain dengan pemusing, dan memutarkan tong simen itu, kebahagian atas, ada diantara sepupuku yang akan menaiki tong tersebut dan kami akan ketawa kegembiraan.. sedang kami seronok bergelak tawa, tiba-tiba kami dikejutkan dengan salakan anjing.. kami yang terkejut berlari bertempiaran dan aku yang 'genius' dengan pandainya telah memanjat alat pemusing pembancuh simen dengan alasan, anjing tak boleh gigit ... dengan tidak semena-mena, pemusing itu bergerak dan aku yang sedang memanjatnya terpusing sama.. kiranya 180 darjah terpusing dan aku terus terjatuh dengan kepala mencium bumi dahulu ... lukaku yang baaru berhenti berdarah kembali berdarah, dan menjadi semakin besar ... darah berjujuran namun aku tidak dikasihani malah dimarah kerana cuba menjadi 'genius' ... isk2 .. sedih tau ..

kejadian ini menyebabkan kehadiran parut dibahagian belakang kepala aku .. kalau tak pecaya tengok la menyebabkan aku berasa malu jika dibotakkan kepala.. aku akan menjadi tertekan setiap kali ayah membawa aku ke kedai mamak, kerana stail biasa ayah untuk aku ialah "botak, no 1" kerana jika perkara itu berlaku, aku akan ditertawakan di sekolah dan nama aku akan bertukar dari aizad menjadi 'botak' .. hax ... itulah sebabnya aku tanak botak sehinggalah sekarang, cuma setahun dua ni je yang aku rajin botak sebab seronok .. kalau orang nak panggil aku botak pun, aku tak kesah .. tak pun nak panggil aku 'parut' ke .. mmg aku tak kesah.. sbb aku tau, parut tu salah satu kisah dalam hidup aku dan aku bangga dengannya, kerana aku tau aku ni 'genius' masa kecik-kecik .. hehehe .. ouh , tidak lupa juga, mungkin semangat 'batu' memang sudah ada dalam diri aku semenjak dulu...

kesimpulannya adik-adik, jangan jadi 'genius' macam abang ye... hehe

Monday, January 26, 2009

1990 - parut di dahi (harry potter kot)

rakan-rakan melihat dan mereka akan bertanya..

rakan-rakan : mane kau dapat parut kat dahi tu weh??
aku : hehehe... meh aku bercerita .. (akukan mega)

pada tahun tersebut aku berumur 5 tahun .. tak silap aku lah ... dan aku akan ceritakan susun atur kawasan kampung aku sebelum menjadi seperti kampung sekarang...

rumah atuk, ialah sebuah rumah kayu yang dibina di atas tiang...mungkin untuk mengelakkan banjir memandangkan tanah gambut yang menjadi tapak didirikan rumah itu.. rumah asal hanya mempunyai 3 bilik sahaja yang mana menempatkan satu bilik besar dan dua bilik kecil.. bilik besar didiami atuk dan dua lagi bilik untuk anak-anak nya sebanyak 11 orang (pakcik dan makcik aku termasuk mak aku) ..seiring dengan pertambahan ahli keluarga, rumah yang sedia ada, dibesarkan lagi dengan menambah ruang baru di bahagian belakang yang mana menempatkan dapur, dan 2 lagi bilik untuk anjang dan busu..

rumah yang indah ini diserikan lagi dengan laman yang luas dilitupi dengan rumput yang hijau dan bunga-bunga yang indah.. selain itu, di kawasan laman juga terdapat pokok rambutan, pulasan, jambu dan berbagai-bagai lagi jenis pokok buah-buahan..

turut dibina ialah sebuah kolam yang terdapat dibahagian kiri laman rumah atuk.. kolam itu yang kini sudah tiada menjadi salah satu tempat yang paling aku suka lepak suatu masa dulu.. di situlah aku dan sepupu-sepupuku bermandi manda, belajar berenang, lemas, baling-baling batu dan menangkap ikan (takda ikan pun sebenarnya) ...

untuk melengkapkan ciri-ciri keselamatan di kawasan kolam itu, atuk telah membina tiang-tiang batu disekitar kolam dan menyambungkannya dengan rantai yang panjang bagi mengelakkan cucu-cucu kesayangannya (aku lah kot..hehe) jatuh semasa berlari-lari .. danpada suatu hari.....

salah seorang pakcik aku pulang ke kampung untuk menziarahi nenek dan aku seperti biasa akan terkinja-kinja kerana berjumpa dengan pakcik akan berlari-lari di kawasan laman.. dan menjadi kebiasaan keluarga atuk, pada waktu petang, kami akan berehat-rehat di atas para di bawah pokok rambutan (pokok rambutan tumbuh di sebelah kolam) untuk berbual-bual bercerita tentang perkembangan hidup masing-masing ditemani dengan cekodok dan secangkir kopi..

aku yang nakal tidak bertempat berlari-lari dan aku seperti biasa akan cuba untuk menarik perhatian pakcik dan atuk.. dan dalam usaha untuk menarik perhatian ini, aku telah menemui dengan sepotong papan panjang ... aku yang konon-kononnya pandai terus meletakkan papan itu di atas rantai yang menjadi pagar kolam .. konon-kononnya untuk bermain jongkang-jongkit.. aku pun duduk dibahagian bawah dan alamak , sapa yang nak menjongketkan aku ni.. hahaha .. bodohnya ... hax .. atas usaha aku yang tidak berbaloi itu, tanpa disedari atuk, aku pun mencuba aksi-aksi yang baru iaitu, berjalan di atas papan , konon-kononnya boleh la berjalan sampai kehujung.. salah aku jugak, kerana aku tidak tahu yang Sir Issac Newton telah menemui hukum graviti pada masa itu...

selangkah, dua langkah ... lepas lagi ni....

selangkah lagi ...... ( aku boleh!!) .. selangkah setersnya... (atuk, tengoklah , cucu atuk pandai )...

selangkah lagi .. GEEDEEBUUKKK!!! ... aku jatuh .... aku landing dahi dulu .... terus aku melalak, darah mengalir deras dari luka didahi ...

aku : AAATTTUUUKKKK!!! saaaaakiiiitttt!!! ... isk isk isk .... (ayat biasa aku untuk atuk)
atuk : tu la ko... padan muka .. (riak-riak gelabah keluar dari wajah atuk)

aku dipujuk, dahi aku sakit, darah terus mengalir ... aku masih ingat entah apa punya pandai pakcik aku masa tu, dia amik daun apa entah, dikunyahnya daun tu dan terus ditempeknya di dahi aku .. sakitnya .... namun, psikologi aku apabila dibelai membuatkan tangisanku reda ... dan disebabkan bergantung kepada rawatan tradisional tersebut dan tiada langkah-langkah yang lanjut diambil, luka ku didahi tetap sembuh dan ia meninggalkan parut di dahi yang mana bila aku berkerut, sah nmpk satu parut 'harry potter' jelas didahi..dan aku puas, kerana aku tau, atuk sayang aku ....

kesimpulannya adik-adik ... jangan la nak tarik perhatian sangat-sangat.. padah hasilnya .. hax ....

p/s : akan aku usahakan untuk meletakkan gambar kampung aku pada suatu masa dahulu

Sunday, January 25, 2009

1992 - perpisahan itu mudah

menjelang pertengahan tahun 1992, ayah dan emak tanpa bertanyakan aku (siapalah aku kan) telah membuat keputusan untuk berpindah rumah.. rumah kami yang sedia ada di flet seri mahkota itu sudah tidak sesuai untuk didiami, bukan kerana kondisinya yang menakutkan, akan tetapi atas pertambahan ahli keluarga yang baru ... adikku yang bongsu bakal lahir tidak lama lagi.....

1st scene
(di sekolah)
aku menjalani hari-hari terakhir di Sekolah Bandar Tun Razak 2 tanpa memahami erti sebenar disebalik perpisahan yang akan berlaku....ternyata aku masih mentah dalam menduga senario kehidupan sehari-hari ... hidup itu mudah .. pada waktu itu..

antara perkara yang masih aku ingat ialah, bagaimana aku mula mengagih-agihkan jawatan kepada rakan-rakanku.. ouh , terlupa untuk aku ceritakan, semenjak hari pertama berada di dalam kelas 1 Gemilang, aku telah memikul tanggungjawap yang agak besar, iaitu menjadi...

ketua kumpulan / ketua meja

murid-murid kelas 1 Gemilang dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan kumpulan ini diletakkan dalam satu meja yang sama dan akan duduk di dalam bulatan... dan aku menjadi ketua dalam bulatan ini... walaupun tidak setinggi ketua kelas, namun, aku masih berkuasa, dimana aku boleh mengutip erja-kerja sekolah rakan-rakanku (macamlah best sangat kerja tu)....aku masih ingat, kumpulan aku akan duduk di bahagian belakang sebelah kanan, dan tempat duduk aku berada betul-betul di sebelah pintu .. memang mudah untuk aku melarikan diri untuk pulang nnt (hehe) ... ok, sambung cerita...

setelah menyedari yang aku tidak akan lagi bersama-sama mereka, aku telah memberikan tugas ketua kumpulan kepada pasangan kembaryang sudah aku lupa nama mereka, dimana abang menjadi ketua, dan adiknya menjadi penolong.. hahaha .. sungguh berkuasa aku pada masa itu ... hehehe...

2nd scene
(di rumah)
proses perpindahan tidak mengambil masa yang panjang, memandangkan ikatan silaturahim penduduk tingkat satu blok A amat baik, dimana mereka masing-masing bergotong-royong membantu keluarga kami memindahkan barang ke atas trelar... ouh , ye.. jangan terkejut .. kami memang menggunakan perkhidmatan trelar untuk memindahkan barang.. bak kata orang tua-tua, sekali arung...

walaupun waktu untuk berpisah sudah semakin hampir ... aku tetap tidak merasa sedih ... dan aku masih lagi boleh bergurau-gurau dengan kawan baikku, iaitu anak jiran sebelah... entah siapa nama dia.. aku dah lupa...

sambung lagi ... perpisahan pertama dalam hidup aku dengan kawan-kawan, tetapi akalku yang enteng pada waktu itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadaku...begitulah berakhirnya salah satu fasa dalam hidup ku .... menaiki trelar, untuk ke suatu tempat yang baru ... hidup yang baru ....

walau macamanapun, aku dah naik trelar .. WWWOOOOOHHHHOOOO!!!!! ...

Saturday, January 24, 2009

1991 - kanak-kanak riang

hehe ... hidup itu senang bagi seorang kanak-kanak berumur 6 tahun ... aku tinggal dengan atuk di kampung sejak aku kecil dan pada tahun 1991 aku mula tinggal di bandar tun razak bersama-sama ayah dan emak untuk memulakan sesi pra-sekolah aku ... kelas di tadika tick tick tock bermula seawal 7.30 pagi dan seperti biasa aku tidak senang untuk menangis apabila ayah menjadi pengiring pada hari pertama sekolah .. memori-memori di tadika telah hilang sebahagiannya dari benak fikiranku dan apa yang ingin aku ceritakan disini ialah kehidupan aku selepas habis kelas di tadika ..

sejurus selepas sampai dari tadika aku akan secara automatiknya menukar baju kepada pakaian biasa dan akan terus keluar bermain ... eeh ... bukan-bukan .. selepas pergi sekolah tadika pagi , aku akan pergi ke sekola tadika agama di waktu petang .. ya .. aku ade ke sekolah tadika agama ..

cerita yang akan aku sampaikan ialah waktu-waktu gembira selepas aku selesai sekolah tadika agama ... aku akan terus menukar pakaian dan akan keluar dengan kawan-kawan sebayaku untuk bermain di sekitar flet seri mahkota kawasan kediamanku..

diantara aktiviti yang masih ku ingat ialah main-main di lif ... nak atas, turun bawah, naik balik, turun balik ... walaupun sekarang kelihatan membosankan namum pada masa itu, perasaan ingin tahuku membuatkan perkara itu salah satu benda yang penting dalam dunia..

ada ju ga waktu dimana aku akan mula memanjat-manjat peti pos di bawah flat, bukan untuk menjadi tarzan, tetapi hanya untuk menyertai rakan-rakan yang tidak kurang nakalnya.. namun, awas bagiku kerana aku perlu berjaga-jaga, bukan kerana takutkan kehadiran pengawal atau orang-orang tua... tetapi kehadiran ayahku yang garang .. waaa .. ada sekali tu aku kantoi memanjat depan-depan orang ramai telingaku dipulas .. tak malu pun .. cuma sakit jek .. hahahaha

selain itu, kami akan merayau-rayau di sekitar kawasan kediaman di atas.. dan masih aku ingat, dulu dekat kawasan permainan tu ada la makcik jual kuih mueh ni .. dan secara kebetulannya, makcik tu ialah ibu kepada kawan aku yang entah dari mana aku kenal ... kami rakan-rakan akan mencuri cekodok makcik tu untuk makan .. sedap gila.. and jgn salahkan aku, aku tidak tahu nak makan, kena beli .. haha ..

hidup diwaktu petang juga menyeronokkan apabila atuk bertandang di rumah, aku akan keluar bermain juga, tetapi apabila lapar, aku akan menjerit memanggil nama atuk dari bawah...

aku : AATTTUUUUUKKKKKK!!!!.. AAAATTTTUUUKKKK!!!
atuk : .............................
aku : AATTTUUUUKKKKKKK!!!!.. AAAATTTTUUUKKKK!!!!
atuk : (baru terdengar keluar ke balkoni ).. yeee... kooo nak ape?????!!
aku : tuk nak duit .... nak bli jajan .....
atuk : aduh la budak ni (tu kot kata-kata atuk dalam hati) ... ye2 ... sekejap

atuk masuk kedalam rumah mengambil duit ..

aku : AATTTUUUKKK.... CEPAT LA SIKIT !!!
atuk : yeee... ni ha.. ambik ....

atuk akan baling duit itu ke bawah dari balkoni dan aku akan bersedia untuk menyambut...

aku : AAATTTUUUKKK!!!! mane dier??? .. takde pun ...
atuk : tu ha , sebelah kau tu ....

aku mencari duit di atas rumput dan terjumpa sepuluh sen ...

aku : atuukkk .. terima kasih!! (aku tersenyum girang)
atuk : oiiiii!! jgn main jauh-jauh
aku : yeee!!! .. jap lagi ad balik.. (masih tersenyum)

walaupun pada masa itu duit yang aku perolehi hanyalah sepuluh sen, tetapi perasaan menerima duit mmg menyeronokkan... aku akan terus ke kedai runcit untuk membeli aiskrim batang..

hidup memang mudah masa itu.. aku tidak perlu takut ada orang hendak menculikku... tidak perlu risau akan masalah ketiadaan duit.. tidak perlu risau untuk membuat apa sahaja yang aku suka.... aku hanya ketawa gembira atau menangis kesakitan .... tiada sedih ... tiada risau .... semuanya cukup dengan nilai sepuluh sen

2009 - dinihari

~suka-suki~riang ria~mata pedih~seronok~
~girang~kelakar~gelak-tawa~MEOR~makan~kereta~
~putrajaya~bergambar~minum~WAFI~pagi-pagi~
NAPEK
~penat~baring~maggi goreng double~
~melompat~berjalan~panjat~DIN PARUT~KAWAN-KAWAN~mengatuk~tidur~
~AKU~

~selamat tidur~

1992 - pencuri

hax .. post ni mengingatkan aku tentang kejadian di bulan ramadhan pada tahun 1992, aku sudah mula belajar berpuasa pada tahun tersebut dan seingat-ingat aku, apa yang membezakan bulan ramdahan dengan bulan-bulan yang lain ialah makcik jual sengkuang tidak menjalankan perniagaannya seperti biasa dan duit belanja sekolah sebanyak seringgit tidak ditinggalkan...

aku lapar
aku haus
aku ingin berbelanja

pada suatu hari sewaktu melepak-lepak dekat dalam bilik sementara menunggu waktu untuk kesekolah, aku dengan tidak sengajanya telah menyelongkar almari dan aku menjumpai satu sampul surat penuh dengan duit seringgit ..

wow!!! .. ana kaya !!

bermula pada hari itu , aku telah mengambil duit itu sehelai demi sehelai untuk memenuhi tuntutan nafsu seorang budak kecil berumur 7 tahun untuk membeli barang2 seperti minuman (aku belum baligh makannya tidak salah aku ponteng puasa) .. duit itu aku habiskan untuk membeli air, air mirinda merah .. masih ku ingat rasanya yang menghilangkan dahaga dekala tekak kekeringan.. hehe ... dan tidak lupa juga, aku menggunakan duit itu untuk membelikan hadiah untuk atukku dikampung, yelah dah nama pun ramadhan , mestilah tak lama lagi raya..

kehidupan mewahku berakhir pada suatu hari...

busu : kakti (ibuku) nampak tak duit noy dekat dalam almari ni .. hilang la
ibuku : eeh , tak nmpk plak .. cbe tanye aizad .. duit ape tu??
busu : duit raya la .. nak bagi dekat budak-budak ni time raya nnt .. ade dalam 100 dah ilang ni
ibuku : aizad curi kot .. siap budak tu nnt

bercakap dengan aku

ibuku : zad , ko curik duit busu ek??
aku : eeh , mana ada ... tak tau ad ...
ibuku : ko biar btol!!!
aku : btol la ...
ibuku : takpelah , nnt biar ayah je yang tanya ..

hari berganti hari .. perasaan pertama kali kantoi mencuri amat mendebarkan kerana aku tau apa yang akan terjadi padaku .. lalalal~... setiap kali pulang dari sekolah, aku akan membaca semua surah-surah dalam mukadam.. ala yela, tuhan kan menyayangi budak kecil .. begitu enteng tahap pemikiranku pada waktu itu .. haha ...

pada suatu malam selepas pulang dari sekolah, ayah memanggilku

ayahku : aizad , meh sini sekejap , ayah ada benda nak tanya ni.....
aku : ye ayah ... ngape??
ayahku : ko ade amek duit busu ke?? (sambil menyalakan rokok benson & hedges.. rokok ditarik dan dihembuskan)
aku : takde lah ayah .....
ayahku : ko biar betul .. takkan ada orang curik plak ..
aku : btol la ...

tiba-tiba tangan ku disentap dan terasa panas .... benson & hedges kegemaran ayahku sudah berada di telapak tangan .... arghhhhhh

aku : SSSAAAKKKIIITTTTT .. ayahhhhhhhh!!!!!
ayahku : betul tak amek ni??
aku : yeeeeee .. tak amik .. ( air mata mengalir deras .. aku menipu .. tapi sakit !!!)

sedas lagi cucuhan rokok hinggap ditelapak tanganku yang lembut ...

aku meraung...time out .... ayah kasi aku rilex jap .. sementara menunggu aku bertenang , rokok yang membara sudah sampai ke puntungnya... (aku selamat)... tapi rupa-rupanya aku terlupa masih terdapat berbatang-batang lagi di dalam kotak ....sebatang lagi dinyalakan ..

ayahku : zad, ko amek duit busu ke??
aku : tak la ayah .. mane ade ... (tangan dicucuh lagi ....kembali melalak )
ayahku : mengaku je la .... (sambil bercakap sambil mencucuh)
aku : SSSAAAKKKKIIIIITTTT!!! .. ye .. ye.. ad amik ... mana ad tau tu duit busu ...
ayahku : kenape amek??.. bli ape??
aku : belanje .. beli air ...
ayahku : ouhh .. tak puasa ea??? ( dicucuh lagi )
aku : SSSAAAKKKIITTTTT .. tak buat lagiii ...

aku menangis .. aku menangis lagi .... ayah menyuruh aku masuk kedalambilik untuk membuat kerja sekolah ... busu memandangku.. tapi aku sudah lupa riak wajahnya .... hmmm .... aku bersalah .. namun di dalam rasa bersalah itu , aku berkata-kata

aku : ya Allah , masukkanlah aku kedalam syurga dan ayahku ke dalam neraka ..

hehehe ...

kesimpulannya adik-adik .. jangan mencuri ya .. walaupun kamu ingat duit itu kurniaan tuhan .. sekian

Friday, January 23, 2009

1992 - belajar naik bas

pertama kali bersekolah memang menyeronokkan .. aku dah dilatih untuk tinggal di rumah memandangkan sesi persekolahanku bermula pada pukul 1 petang ...dan untuk itu, aku telah diajar untuk menaiki bas sekolah .. bas sekolah yang pertama aku ialah bas...... aku tak ingat nama dia, takpe kite gelar bas cik hamid je la ....ok, bas cik hamid ni memulakan pengembaraannya seawal pagi dah berlega-legar di sekitar kawasan perumahanku (agaknye lah) dan beliau akan datang di tempat pickup kami di kawasan parking kereta belakang flat aku ... masa menunggu bas yang ada dihabiskan dengan memenuhi naluri kanak-kanak aku .. disitu aku belajar bagaimana untuk berbelanja, bermain dengan buah sawit, mengutip biji2 merah yang sampai sekarang aku taidak ketahui asal usulnya.. duit belanja sekolah yang mak bagi waktu itu mmg tidak akan sampai ke sekolah kerana akan habis di situ juga ... kiranya duit belanja sekolah boleh ditukar kepada duit belanaja menunggu ke sekolah ...

duit belanja sekolah - Rm 1 pada tahun 1992 merupakan satu nilai yang agak besar.. boleh membuatkan perut kecil aku pada waktu itu makan sepuas-puasnya.. sewaktu menunggu, 30sen akan dihabiskan dengan membeli aiskrim batang dan sengkuang yang tersangat enak dimakan sewaktu lapar .. wang yang selebihnya akan dihabiskan di sekolah.. 30sen lagi untuk nasi dan selebihnya untuk air dan jajan..

pada maktu menunggu ini jugak aku habiskan dengan belajar banyak benda baru diantaranya ialah memecah kereta orang .. hahaha ... aku bukan ingin mencuri , aku cuma terasa seronok apabila berjaya membuka kereta orang dengan hanya menggunakan dawai .. hax .. selain itu , waktu itu juga aku habiskan dengan mencari kenalan baru , entah kenapa pada waktu itu, aku terasa macam mengenali semua orang tua dan muda...

bas cik hamid pun tiba...dan perjalanan ke sekolah hanya mengambil masa dalam 20 minit..

sesampai ke sekolah, aku akan memesan cik hamid sesuatu dan ia berbunyi begini " cik hamid, nanti datang awal sikit ea, sekolah balik awal la" ... hax .. dan pakcik hamid akan mengangguk ... dan percaya atau tidak aku akan naik bas untuk pulang lebih awal dari pelajar lainnya... memang raja lari dari sekolah pada waktu itu... sedari pukul 5 petang aku sudah berlari dan menunggu dalam bas ... kawan-kawan mengkagumi aku , cikgu menggelengkan kepala kerisauan dan aku .... tidak sabar untuk pulang kerumah untuk menonton cerita kartun diteleveisyen pada pukul 7 malam...

Thursday, January 22, 2009

revolusi diri akukurusselamanya-1

tulisan ini untuk mengelakkan aku lupa siapa aku dan dari mana aku bermula

-SK Bandar Tun Razak 2-

Sekolah pertama aku ... Aku mula-mula masuk sekolah ni masa aku darjah satu lagi .. Rasa-rasanya tahun tu , tahun 1992 ... Hari pertama disekolah , aku menjalani pemeriksaan kesihatan dimana pada hari tersebut aku mendapat suntikan pertama dalam hdup aku .. seingat-ingat aku , suntikan BCG yang aku terima .. masa tu mmg tersangat la takut , yelah , nak kene cucuk kan ... sape tak takut , dan aku hanya berumur 7 tahun.. masa tu mmg ramai sangat rakan-rakan sebaya aku yang melalak tapi yang seronoknya mereka ditenangkan oleh ibu bapa mereka yang tersangat la penyayang.. tapi bukan aku ....

Aku menerima suntikan BCG yang pertama dalam hidup aku dengan tabah .. sebab , aku hadir pada hari itu bersama bapaku , yang dihormati Mohd Kamil b. Md Ariff .. aku tahan pedih dan sakit suntikan itu kerana aku tahu , kalau aku menitiskan air mata aku, tiada apa-apa tindakan yang melambangkan kasih sayang seorang bapa daripada beliau.. aku sangat menakuti beliau ... hax ... suntikan ini lah yang pada suatu hari nanti menjadi tanda tanya kepada kawan-kawan aku perihal yang aku mempunyai 2 tanda BCG di lengan kiriku .. pemeriksaan kesihatan diteruskan dengan hal-hal yang berkait seperti mata , berat dan sebagainya .. dan hari pertama sekolahku telah selesai..

Hari-hari yang seterusnya..

Aku mula menjalani kehidupan sekolah dengan menemui rakan-rakan baik yang imej-imej wajah mereka yang telah kabur dalam minda .. Antara memori yang masih ku kenang sehingga sekarang ialah aktiviti menguncupkan pokok semalu yang tumbuh meliar di sekitar padang sekolah .. masa-masa rehat selama setengah jam yang diberikan telah aku habiskan dengan berlari-lari untuk memastikan semua pokok semalu menguncupkan daunnya yang memang sekarang baru aku sedar, aktiviti itu memang tiada pengakhirannya ... hax ... bodoh! .. tapi itulah aktiviti yang paling menarik dapat aku lakukan ...

Setelah misi aku tidak berjaya setelah beberapa bulan mencuba, aku dan kawan-kawan ku mendapat aktiviti baru iaitu menjadi 'ghost buster' di perkarangan sekolah.. untuk pengetahun kalian , di SKBTR2 terdapat satu tandas yang mempunyai kesan berwarna merah di bahagian bumbungnya dan menurut cerita yang diperturunkan dari generasi ke generasi , kesan itu ialah darah hantu .... dan ini menjadikan murid-murid baru seperti aku takut untuk ketandas dan menjadi kebiasaan kami untuk pergi ke tandas secara berdua ... hax ..sehinggalah pada suatu hari aku mendapat khbar berita yang kawan-kawan aku sedang berusaha untuk berlawan dengan hantu tersebut dengan menjadi ULTRAMAN.... hahahaha .. aktiviti ini telah berjaya menbuatkan kami semakin yakin untuk ke tandas di kemudian harinya ...

Ini adalah diantara kenangan-kenangan yang aku akna ceritakan , bermula dari ini .. dan ini adalah resolusi aku , yang sudah lama tidak menulis .. aku hendak menulis tentang aku , siapa aku dan dari mana aku ..