Monday, February 23, 2009

art in ME~photografy de pangkor~



gambar-gambar ini adalah cubaan pertama aku untuk berjinak-jinak dalam dunia fotografi, tidak malu untuk aku nyatakan, aku masih belajar dan aku untuk cubaan pertama ini, aku telah menggunakan camera milik kawan aku, terima kasih maz atas kesudian meminjamkan camera beliau, dan aku dengan senang hati menggunakan fungsi manual didalam semua karya aku ini. sila hayati dan perhati~


hasil-hasil selebihnya klik di sini

Friday, February 20, 2009

2009 - hmmmmmm

hmmmm, tajuk yang aku fikirkan layak untuk post pertama aku dalam beberapa minggu ini .. hmm .. aku ada banyak cerita untuk diceritakan tetapi otak mentah aku ini masih tidak berseida untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk meluahkan idea-idea dalam bentuk tulisan.. maafkan aku .. agaknya otak ini masih buntu dalam memahami tujuan dan hala tuju nukilan yang membosankan ini .. maafkan aku .. insyallah aku kembali .. secepat mungkin .... otak, tolong lah ...

Monday, February 16, 2009

ayat-ayat suci sang pendefinisi

perkara ini berlaku sewaktu aku baru-baru saja online di YM dan sang pendefinisi menegur aku .. bosan agaknya dan perbualan bermula begini :

leha-leha (bukan nama sebenar sang pendefinisi)
AizaDIzaDZaDAd (nama aku)


leha-leha: tersenyum indah
leha-leha: cute ke ek
AizaDIzaDZaDAd: boleh tahan la cute
AizaDIzaDZaDAd: hax
leha-leha: owh
leha-leha: apekah?
AizaDIzaDZaDAd: hehehehe
AizaDIzaDZaDAd: ala leha kau pun tau betape cute nye aku
AizaDIzaDZaDAd: hehehehe
leha-leha: ehem
leha-leha: disebabkan aku ni baik
leha-leha: aku back up le kau
leha-leha: ha'ah la aizad, kau cute sgt
AizaDIzaDZaDAd: hehehehe
AizaDIzaDZaDAd: jap2
AizaDIzaDZaDAd: aku ade bende nak tunjuk kau


terima kasih sang pendefinisi .. kerana berjaya mendefinisikan diri ini .. lalalala~ (tersenyum indah untuk kesekian kalinya

p/s: buat baik dibalas baik adik-adik .. ingat tu ..

Monday, February 09, 2009

Hadapi Dengan Senyuman
by DEWA

HADAPI DENGAN SENYUMAN

SEMUA YANG TERJADI

BIAR TERJADI?.

HADAPI DENGAN TENANG JIWA

SEMUA... KAN BAIK BAIK SAJA



BILA KETETAPAN TUHAN

SUDAH DITETAPKAN

TETAPLAH SUDAH?.

TAK ADA YANG BISA MERUBAH

DAN TAKKAN BISA BERUBAH



RELAKANLAH SAJA INI

BAHWA SEMUA YANG TERBAIK

TERBAIK UNTUK KITA SEMUA

MENYERAHLAH UNTUK MENANG

p/s: aku akan terus tersenyum, kalian lihatlah ... senyuman ini tidak akan pudar... :)

Friday, February 06, 2009

1992 - sekolah baru

menjelang pertengah tahun 1992, sejurus selepas berpindah daripada bandar tun razak ke kajang, aku memulakan kehidupan di sekolah baru.. sekolah kebangsaan seri sekamat, kajang..

untuk memulakan kembali rutin biasa untuk ke sekolah, agak terganggu memandangkan telah beberapa lama aku tidak ke sekelah dan fikiran aku masih berada dalam mod "ouh, pindah rumah dah tak payah sekolah".. aku kecewe.. nampak gaya aku kene juga ke sekolah...

menjelang tahun 1992, pertambahan bilangan penduduk di kawasan sekitar menyebabkan peningkatan kemasukan murid-murid baru di SKSS, dan untuk memenuhi kemasukan ini, satu bangunan baru sedang dibina, dan murid-murid tahun satu dan tahun 2 yang bersekolah di waktu petang telah ditempatkan untuk sementara di bangunan sekolah rendah agama sungai sekamat yang terletak berdekatan dengan SKSS.

pada hari pertama di sekolah baru..

aku ditempatkan di dalam kelas satu berlian, dan aku masih ingat kelas pertama yang aku hadiri ialah kelas pendidikan jasmani memandangkan proses mendaftarkan kelas memakan masa sehingga petang.. di kelas baru aku itu , aku mula mengenali kawan-kawan baru aku dan antara nama-nama yan dapat aku ingati sehingga sekarang ialah hanif, aimul, dan azrai .. nama-nama yang lain sudah hilang dalam perjalanan aku meningkat dewasa..

semuanya indah di sekolah baru ku itu, di situ aku mula memasuki pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan diantaranya ialah pertandingan melukis dan pertandingan bercerita..

untuk pertandingan melukis, aku telah memenangi tempat pertama dengan lukisan buah-buhan tempatan. dan hadiah yang aku terima ialah 100 buah buku tulis kecil .. dan bagi pertandingan bercerita, aku memperdengarkan cerita "orang miskin dengan kapak buruknya" <--ni kot tajuk cerita tu.. huhu .. dan untuk pertandingan ini, aku mendapat tempat kedua.. dan memenangi 50 buah bulu tulis berlencana sekolah .. tiada perasaan yang dapat aku rasa ketika diberitahu aku memenangi hadiah cuma aku gembira bila lukisan dan cerita aku dipuji oleh kawan-kawan dan cikgu-cikgu ..

tetapi semua itu tidak bermakna bilamana ayah dan emak tiada semasa hari penyampaian hadiah ..

ahh, aku sudah biasa kini ..

perpindahan aku ke sekolah baru ini, sedikit sebanyak membentuk sebahagian besar keperibadianku kini, kerana

di sinilah aku betul-betul belajar membaca, menulis, mengira
di sinilah aku belajar segala jenis permainan,
di sinilah aku mengenal erti rakan-rakan,
di sinilah aku belajar erti jatuh dan bangun,
di sinilah aku belajar erti cinta,
di sinilah aku belajar menjadi aku,
hanya disini saja....

p/s: tribute kepada kawan-kawan darjah satu yang sudah aku lupakan nama kalian dan kepada cikgu darjah satu juga ... cikgu rosnah rasanya .. terima kasih

Monday, February 02, 2009

1992 - pakteh

petang syawal yang mulia membawa erti yang besar untuk kami sepupu-sepapat, bukan kerana apa, tetapi melihat keganasan pakteh ataupun kegarangan pakteh terhadap anaknya .. seb baek bukan ayah aku .. hehe ... ok, pada petang itu, setelah selesai mengutip duit raya di rumah orang-orang kampung, kami gang-gang sepupu ni telah berpakat untuk mandi parit.. ya .. mandi parit .. akan aku ceritakan sedikit geografi kawasan parit yang akan kami layan ...

parit yang hendak dituju terletak di depan rumah mak esah, mak esah ialah jiran atuk yang rumahnya terletak bertentangan dengan rumah atuk.. dan rumah mak esah ini mempunyai keunikannya yang tersendiri di mana, tedapat sebatang sungai atau parit yang mengalir dihadapan rumahnya, untuk menghubungkan kawasan rumah dengan jalan besar, suami mak esah iaitu, arwah lek sepet, telah membina sebuah jambatan beratap yang kini sudah tiada dek dimakan zaman... parit yang kini tidak lagi boleh dimandi akibat aktiviti pembuangan sampah penduduk kampung, dahulunya, mengalir jernih, walaupun berwarna hitam, tetapi airnya begitu menyegarkan badan.. aku berani untuk mandi di situ, kerana ayah pernah membawa aku berendam didalam parit tersebut dan seronok-seronok dia mengajar aku berenang.. untuk dipendekkan cerita, parit itu memang menjadi port mandi kami sekeluarga..


seperti yang dirancang, pada petang tersebut, kami beramai-ramai bergerak pergi ke arah parit, dengan membawa pakaian basahan masing-masing yang disembunyikan takut diketahui oleh ibu-bapa masing-masing.. sesampai je di parit.. dengan bising nya ..

KKKEEECCCEEEBBUUURRRR!!!!

.. sorang-sorang melompat masuk... jiwa kanak-kanak yang inginkan keseronokan membuatkan sepupu-sepupu aku membuat pelbagai aksi, melompat dari jambatan la, melompat dari tebing lah, berenang gaya anjing lah, macam-macam ... tetapi apa yang aku dapat rasai ialah, kami memang berseronok... di kala berenang ini juga, ada juga aku lemas sebentar, tetapi dapat diselamatkan oleh along sebagai kepala dalam pelbagai aktiviti..keseronokan yang kami alami terhenti apabila .....

pakteh tiba ....

"Yuhan (anak sulong pakteh)!!!!... sapa suruh kau mandi parit ni???" sambil berkata-kata dengan nada yang kasar, tangan pakteh tangkas mematahkan batang-batang buluh yang tumbuh dijadikan pagar jalan rumah mak esah ...

yuhan senyap "......................"

ZZZAAAAAAPPPPPPPPPPPPPPPP!!!! batang buluh hinggap di badan Yuhan .....

along terdiam,
aku terkesima,
abang boy termangu,
yang lain .........tak tau nak cakap apa,

dan yuhan, mula meraung kesakitan .. pakteh tanpa belas kasihan menghayunkan batang buluh tersebut ke arah anak sulungnya itu.... dan dengan ringkas

"BBBAAALLLLLIIIIKKKKK!!!!!!!!!!!!!"

yuhan balik sambil meraung menahan kesakitan ......kami yang tergamam terus mengikut pulang , bukan kerana arahan yang pakteh berikan , tetapi perasaan bersalah dan kasihan yang menjalar dalam hati ..

sambil berbisik " kenapa yuhan je kene ek??"
ada yang menjawap " kau tu bukan anak dia"
tak kurang yang menyampuk "seb baek aku tak kene, pedih weh"

sampai je dirumah , kami dimarah oleh emak dan ayah tetapi tidaklah sampai dipukul ... setakat menangis je .. dan kami lebih kasihankan yuhan

"takpe yuhan, berat bahu memikul, berat lagi mata memandang"

tetapi peristiwa pakteh membedal yuhan dengan batang buluh memang menjadi igauan ngeri kami sepupu-sepupu sehingga hari ini ... cara pakteh yang tegas dalam hal mendidik anak membuatkan kami rasa bersyukur dengan apa yang kami ada.. walaupun ayah garang, tapi tak penah dia sebat dengan batang buluh lagi .. hehehe .. dan yuhan, sebab pakteh garang la sekarang ko dah berjaya .. lalalala~

kesimpulanya adik-adik, jangan la mandi parit, dan kalau degil jugak, pastikan sebelum anda terjun ke dalam parit, bersihkan kawasan parit itu daripada benda-benda yang boleh dijadikan senjata untuk membelasah korang .. hehehe

p/s: kebanyakan nama sungai di muar, tidak dipanggil sungai, tetapi di sebut parit