Showing posts with label seringgit. Show all posts
Showing posts with label seringgit. Show all posts

Sunday, March 15, 2009

tradisi I

setelah sebulan rasanya aku kekeringan idea, untuk meneruskan penceritaan aku, aku buat keputusan untuk mula bercerita tentang tradisi keluarga aku.. keluarga aku ada banyak tradisi dan untuk post kali ini aku akan ceritakan tentang tradisi 'duit jajan'

jajan tu kalau dekat kampung aku kira macam belanja la, dan bila digabungkan dengan perkataan duit, ia akan menjadi wang untuk berbelanja, dan perkara ini seringkali dikaitkan dengan cekedis seperti 'tora', 'dindang' dan 'jojo'. dan ia masing2 berharga 30sen, 50sen dan Rm2 satu ketika dulu...

ok aku tanak cerita lagi bahagian cekedis tu, kan tadi akuc akap nak cerita pasal duit jajan kan.. lalala~

emak mempunyai 11 orang adik beradik dan telah menjadi kebiasaan kami untuk berkumpul beramai-ramai... ada kalanya di kampung, ada kalanya di rumah mak normah, dan saling bersilih ganti dikalangan mereka...

berkumpul sesama keluarga amat dinanti-nanti oleh kami sepupu sepapat, kerana selain dapat bertemu dan bergembira, kami akan turut mendapat duit jajan ketika kami pulang.. kiranya macam habuan la untuk anak-anak buah pakcik dan makcik aku... dan disini aku akan ceritakan perkembangan nilai-nilai duit jajan, dan cara-cara kami mendapatkannya......

-tahun 1990-an-
duit jajan yang kami terima masa tu takda lah banyak sangat.. dan lebih kepada cekedis.. tak pun ada la dalam Rm 2 kongsi 3 beradik .. tapi kalau aku yang dapat, memang harapan la adik-adik aku nak dapat .. hax ... dan masa tu kami akan dapat kalau pakcik dan makcik baik la nak bagi .... kire ikut sedap hati meraka la .. ala budak-budak tak elok pegang duit banyak-banyak...

-tahun 1998-
kemelesetan ekonomi mengganggu pemberian duit jajan .. tapi mungkin sebab inflasi, duit yang dulunya Rm2 sudah cukup untuk kongsi telah bertambah , sekarang Rm 5 kongsi 3 beradik ...

-tahun 2000-
ekonomi sudah semakin baik dan duit jajan bertambah dengan pertambahan umur aku ... dulu aku darjah satu .. aku dapat Rm 1 .. tapi sekarang aku dah besar .. aku dah pandai demand , aku dan sepupu yang sebaya mula demand Rm5 seorang , dan seperti biasa permintaan kami akan dilayan .. hehe .. anak buah kesayangan la katakan ...

-tahun 2002-
dengan perkembangan pelajaran, aku yang kini sudah masuk asrama telah membuatkan pakcik dan makcik aku mendapat kesedaran yang lebih untuk memberikan duit jajan yang mana, kini aku boleh dapat Rm 20 seorang .. masyuk jugak la masa tu , Rm 20 x 10 .. 200 beb .. tapi jarang la dapat kumpul sampai macamtu ...

-tahun 2004-
Along hani, sepupuku yang pertama sudah mula bekerja dan sudah berkahwin , kini dia pun telah join pakcik dan makcik kami dalam arena pemberian duit jajan kutipan semakin banyak dan selesa la untuk hidup di PASUM ... dan di sini aku telah berjaya membangunkan satu kaedah, dimana jika aku takda duit, aku akan menziarah pakcik makcik aku dengan sendirinya .. hehe .. buat cerita sedih sikit , dapat la Rm 100 ... hehe

-tahun 2008-
aku rasa ni lah tahun terakhir aku dapat duit jajan dan nilai maksimum aku dapat pun Rm 100 sorang .. tu pun lepas ayat baik dengan mereka .... ouh terlupa aku nak cerita, pada beberapa tahun kebelakangan ini aku dan sepupuku erin la selalunya dah cipta satu game iaitu "memburu" pakcik dan makcik ... gama ini berlaku disebabkan pada masa ni pakcik dan makcik pun dah pandai mengelakkan diri dari kene pow dengan kami ... masa hujung je , mesti aku dengan erin

erin "jad , sape lagi tak bagi ni??"
aku " weh, alang... alang tak bagi lagi"
erin " jom carik alang ... hehehe"

begitu lah antara ayat yang kami selalu guna ....

-sekarang-
dengan peningkatan umur aku, aku sedar niat disebalik duit jajan yang diberikan oleh pakcik dan makcik aku ... bukan lah untuk menunjuk kepada orang lain, bukanlah untuk memalukan, tetapi lebih kepada kegembiraan anak-anak buah ... sebutir senyuman lebih bernilai daripada duit yang mereka berikan .....

p/s: kepada adik-adik, tak elok tau mintak-mintak dekat abang .. abang tak keje lagi ... dan adik-adik jangan mengeluh tau kalau tak dapat .. tak elok ... dan kalau dapat , jangan lupa untuk menabung ... hahaha .. tak masal~~

Friday, January 23, 2009

1992 - belajar naik bas

pertama kali bersekolah memang menyeronokkan .. aku dah dilatih untuk tinggal di rumah memandangkan sesi persekolahanku bermula pada pukul 1 petang ...dan untuk itu, aku telah diajar untuk menaiki bas sekolah .. bas sekolah yang pertama aku ialah bas...... aku tak ingat nama dia, takpe kite gelar bas cik hamid je la ....ok, bas cik hamid ni memulakan pengembaraannya seawal pagi dah berlega-legar di sekitar kawasan perumahanku (agaknye lah) dan beliau akan datang di tempat pickup kami di kawasan parking kereta belakang flat aku ... masa menunggu bas yang ada dihabiskan dengan memenuhi naluri kanak-kanak aku .. disitu aku belajar bagaimana untuk berbelanja, bermain dengan buah sawit, mengutip biji2 merah yang sampai sekarang aku taidak ketahui asal usulnya.. duit belanja sekolah yang mak bagi waktu itu mmg tidak akan sampai ke sekolah kerana akan habis di situ juga ... kiranya duit belanja sekolah boleh ditukar kepada duit belanaja menunggu ke sekolah ...

duit belanja sekolah - Rm 1 pada tahun 1992 merupakan satu nilai yang agak besar.. boleh membuatkan perut kecil aku pada waktu itu makan sepuas-puasnya.. sewaktu menunggu, 30sen akan dihabiskan dengan membeli aiskrim batang dan sengkuang yang tersangat enak dimakan sewaktu lapar .. wang yang selebihnya akan dihabiskan di sekolah.. 30sen lagi untuk nasi dan selebihnya untuk air dan jajan..

pada maktu menunggu ini jugak aku habiskan dengan belajar banyak benda baru diantaranya ialah memecah kereta orang .. hahaha ... aku bukan ingin mencuri , aku cuma terasa seronok apabila berjaya membuka kereta orang dengan hanya menggunakan dawai .. hax .. selain itu , waktu itu juga aku habiskan dengan mencari kenalan baru , entah kenapa pada waktu itu, aku terasa macam mengenali semua orang tua dan muda...

bas cik hamid pun tiba...dan perjalanan ke sekolah hanya mengambil masa dalam 20 minit..

sesampai ke sekolah, aku akan memesan cik hamid sesuatu dan ia berbunyi begini " cik hamid, nanti datang awal sikit ea, sekolah balik awal la" ... hax .. dan pakcik hamid akan mengangguk ... dan percaya atau tidak aku akan naik bas untuk pulang lebih awal dari pelajar lainnya... memang raja lari dari sekolah pada waktu itu... sedari pukul 5 petang aku sudah berlari dan menunggu dalam bas ... kawan-kawan mengkagumi aku , cikgu menggelengkan kepala kerisauan dan aku .... tidak sabar untuk pulang kerumah untuk menonton cerita kartun diteleveisyen pada pukul 7 malam...