Saturday, February 27, 2010

cinta kita~

cinta itu indah,
cinta itu indah,
indah bila dirasai bersama,
tidak kira siapa,

kau, aku, dia, kita,
masing-masing bercinta,
cinta antara kita yang rasa,
kerana itu cinta kita.

cinta itu milik semua,
rasailah bersama.

Sunday, December 13, 2009

bicara hati

Kau dan aku manakan sama,
Kita melalui jalan yang berbeza,
Jangan hanya fikir apa yang kau rasa,
Kerana aku juga punya hala,

Hari-hari berlalu pergi,
Aku masih sendiri,
Menunggu apa yang tidak pasti,
kerna aku mengikut kata hati,

Jangan mengeluh,
Jangan mengalah,
Kerana kita adalah pejuang,
Pada perang yang panjang,

Bertahan,
Kerana aku pasti menang,
Jangan putus harapan,
Walaupun aku masih tenang,

Menunggu,

Penghujung jalan yang masih kelam.........

Monday, October 26, 2009

Broga Hill's


Naza and Mai II
Originally uploaded by akukurusselamanya
ok , ini ialah kali ke tiga aku mendaki bukit broga nim tapi tujuan kali ini berbeza daripada yang sebelumnya. Aku telah merasmikan penggunaan donna (nama rasmi 50D aku) di atas bukit ini. Memulakan perjalanan seawal 6 pagi, perjalanan ini telah diikuti oleh Naza, Mai, jessica, mary dan 2 rang kawan lelaki meraka yang aku pun tak ingat nama mereka. Memulakan perjalan dengan perlahan membuatkan hajat untuk menyaksikan fajar menyinsing tidak kesampaian. Anyway, photoshot aku bermula sejurus kami tiba di puncak pertama bukit broga tu. dengan model percuma aku Naza dan Mai ini lah antara hasil-hasil yang telah aku dapat ... Lihatlah!

Thursday, October 15, 2009

The Lovers



huhuh ..its a pic of me and my dear sweetheart ... huhu .. its was our last outing, we went to Broga hill with my best friend, wafi and his girlfriend... it was a nice day to hike our way all the way to the top .. hehe ... anyway, it was fun, and i really enjoy it ... love u Cik Athirah Ali... mwaX

Wednesday, October 07, 2009

Things in my wallet!!!

hahaha.. ok skang ni aku dekat Kuala Rompin, Pahang ... tengah-tengah duduk lepak-lepak dalam bilik tetibe tertengok la dekat wallet aku .. hmmm apalah yang ada dalam wallet aku tu kan .. hmmm .... jom tengok ...

wallet = keluaran MAS malaysia (mekasih daddy)
kad CIMB = 1
kad Maybankard = 1
kad maxis = 1
kad MESRA = 1
kad Bonuslink = 1
kad alumni UKM = 1
kad pelajar UKM = 1
kad membership 321k diamond = 1
IC = 1
Lesen = 2
kad gambar bersama yang tersayang = 1
gambar pasport yang tersayang = 1
kad-kad nama = 6
Resit minyak = RM30
Resit Cincin = RM xoxo
resit bilik = RM 60
Duit = RM225.90
Duit = Rubel 1000
simcard celcom = 1
wallet nampak tebal = priceless

waaaaa .. banyak juga benda dalam wallet ni .. hmmm .. tapi bile nak kaya???

Saturday, September 26, 2009

Aidilfitri 2009

hehe .. dah lama sangat tak menulis ni ... boleh ke aku menulis ni?? .. hax .. baiklah, tahun 2009 mencatatkan satu sejarah dalam hidup aku..taun ni aku telah jadi orang yang di"pow" .. bukan si penge"pow" seperti tahun-tahun sebelumnya.. waaaa.. aku dah kusut gila masa ujungujung puase tu .. ye lah, takut duit tak cukup... seb baik bos dengan baik hatinye telah memasukkan duit raya ke dalam akaun bank makin susut nilai ringgitnya.. hehehe dan dengan duit itulah, aku jadikan modal duit raya tahun ini...

bukan la niat untuk menunjuk-nunjuk .. tetapi sekarang aku dah faham perasaan pakcik makcik akuyang berhabis duit untuk anak-anak buah dowang (termasuk akulah) setiap tahun untuk duit raya ... rupanye seronok bila kita berkongsi apa yang kita ada... tidak kira lah walaupun sedikit nilainya ... tapi dengan senyuman dan penghargaan yang aku perolehi... aku dengan mudah berasa BANGGA... im a big man right now ... hax ... berikut ialah nama-nama penge"pow" aku tahun ni ...


Aqlely Aqmal
Muhamad Fadzly
Aunty Timah
Ariff
Imran
Busu
Hisham
Amira
Sasha nabila
Idham
Kimi
Mak Nomah
Erin
Dek An
kawan Dek An
Aan
adik aan
Mak ndak
Fatin
Farid
Tiqah
Tasya
Azim
-

masih ada beberapa nama yang bermain-main dalam ruang pemikiranku ... hmmm .. siapa ya ...

p/s : adik-adik kalau nak beraye umah abang , betulkan niat dulu ea .. kalau abang tak kenal korang takyah datang la ea ... abang tak kenal la .. abang takut kene rompak pulak .. hehe e... sape2 nak duit raye tu jemput la datang rumah ye ...

Sunday, March 15, 2009

tradisi I

setelah sebulan rasanya aku kekeringan idea, untuk meneruskan penceritaan aku, aku buat keputusan untuk mula bercerita tentang tradisi keluarga aku.. keluarga aku ada banyak tradisi dan untuk post kali ini aku akan ceritakan tentang tradisi 'duit jajan'

jajan tu kalau dekat kampung aku kira macam belanja la, dan bila digabungkan dengan perkataan duit, ia akan menjadi wang untuk berbelanja, dan perkara ini seringkali dikaitkan dengan cekedis seperti 'tora', 'dindang' dan 'jojo'. dan ia masing2 berharga 30sen, 50sen dan Rm2 satu ketika dulu...

ok aku tanak cerita lagi bahagian cekedis tu, kan tadi akuc akap nak cerita pasal duit jajan kan.. lalala~

emak mempunyai 11 orang adik beradik dan telah menjadi kebiasaan kami untuk berkumpul beramai-ramai... ada kalanya di kampung, ada kalanya di rumah mak normah, dan saling bersilih ganti dikalangan mereka...

berkumpul sesama keluarga amat dinanti-nanti oleh kami sepupu sepapat, kerana selain dapat bertemu dan bergembira, kami akan turut mendapat duit jajan ketika kami pulang.. kiranya macam habuan la untuk anak-anak buah pakcik dan makcik aku... dan disini aku akan ceritakan perkembangan nilai-nilai duit jajan, dan cara-cara kami mendapatkannya......

-tahun 1990-an-
duit jajan yang kami terima masa tu takda lah banyak sangat.. dan lebih kepada cekedis.. tak pun ada la dalam Rm 2 kongsi 3 beradik .. tapi kalau aku yang dapat, memang harapan la adik-adik aku nak dapat .. hax ... dan masa tu kami akan dapat kalau pakcik dan makcik baik la nak bagi .... kire ikut sedap hati meraka la .. ala budak-budak tak elok pegang duit banyak-banyak...

-tahun 1998-
kemelesetan ekonomi mengganggu pemberian duit jajan .. tapi mungkin sebab inflasi, duit yang dulunya Rm2 sudah cukup untuk kongsi telah bertambah , sekarang Rm 5 kongsi 3 beradik ...

-tahun 2000-
ekonomi sudah semakin baik dan duit jajan bertambah dengan pertambahan umur aku ... dulu aku darjah satu .. aku dapat Rm 1 .. tapi sekarang aku dah besar .. aku dah pandai demand , aku dan sepupu yang sebaya mula demand Rm5 seorang , dan seperti biasa permintaan kami akan dilayan .. hehe .. anak buah kesayangan la katakan ...

-tahun 2002-
dengan perkembangan pelajaran, aku yang kini sudah masuk asrama telah membuatkan pakcik dan makcik aku mendapat kesedaran yang lebih untuk memberikan duit jajan yang mana, kini aku boleh dapat Rm 20 seorang .. masyuk jugak la masa tu , Rm 20 x 10 .. 200 beb .. tapi jarang la dapat kumpul sampai macamtu ...

-tahun 2004-
Along hani, sepupuku yang pertama sudah mula bekerja dan sudah berkahwin , kini dia pun telah join pakcik dan makcik kami dalam arena pemberian duit jajan kutipan semakin banyak dan selesa la untuk hidup di PASUM ... dan di sini aku telah berjaya membangunkan satu kaedah, dimana jika aku takda duit, aku akan menziarah pakcik makcik aku dengan sendirinya .. hehe .. buat cerita sedih sikit , dapat la Rm 100 ... hehe

-tahun 2008-
aku rasa ni lah tahun terakhir aku dapat duit jajan dan nilai maksimum aku dapat pun Rm 100 sorang .. tu pun lepas ayat baik dengan mereka .... ouh terlupa aku nak cerita, pada beberapa tahun kebelakangan ini aku dan sepupuku erin la selalunya dah cipta satu game iaitu "memburu" pakcik dan makcik ... gama ini berlaku disebabkan pada masa ni pakcik dan makcik pun dah pandai mengelakkan diri dari kene pow dengan kami ... masa hujung je , mesti aku dengan erin

erin "jad , sape lagi tak bagi ni??"
aku " weh, alang... alang tak bagi lagi"
erin " jom carik alang ... hehehe"

begitu lah antara ayat yang kami selalu guna ....

-sekarang-
dengan peningkatan umur aku, aku sedar niat disebalik duit jajan yang diberikan oleh pakcik dan makcik aku ... bukan lah untuk menunjuk kepada orang lain, bukanlah untuk memalukan, tetapi lebih kepada kegembiraan anak-anak buah ... sebutir senyuman lebih bernilai daripada duit yang mereka berikan .....

p/s: kepada adik-adik, tak elok tau mintak-mintak dekat abang .. abang tak keje lagi ... dan adik-adik jangan mengeluh tau kalau tak dapat .. tak elok ... dan kalau dapat , jangan lupa untuk menabung ... hahaha .. tak masal~~

Monday, February 23, 2009

art in ME~photografy de pangkor~



gambar-gambar ini adalah cubaan pertama aku untuk berjinak-jinak dalam dunia fotografi, tidak malu untuk aku nyatakan, aku masih belajar dan aku untuk cubaan pertama ini, aku telah menggunakan camera milik kawan aku, terima kasih maz atas kesudian meminjamkan camera beliau, dan aku dengan senang hati menggunakan fungsi manual didalam semua karya aku ini. sila hayati dan perhati~


hasil-hasil selebihnya klik di sini