Friday, February 06, 2009

1992 - sekolah baru

menjelang pertengah tahun 1992, sejurus selepas berpindah daripada bandar tun razak ke kajang, aku memulakan kehidupan di sekolah baru.. sekolah kebangsaan seri sekamat, kajang..

untuk memulakan kembali rutin biasa untuk ke sekolah, agak terganggu memandangkan telah beberapa lama aku tidak ke sekelah dan fikiran aku masih berada dalam mod "ouh, pindah rumah dah tak payah sekolah".. aku kecewe.. nampak gaya aku kene juga ke sekolah...

menjelang tahun 1992, pertambahan bilangan penduduk di kawasan sekitar menyebabkan peningkatan kemasukan murid-murid baru di SKSS, dan untuk memenuhi kemasukan ini, satu bangunan baru sedang dibina, dan murid-murid tahun satu dan tahun 2 yang bersekolah di waktu petang telah ditempatkan untuk sementara di bangunan sekolah rendah agama sungai sekamat yang terletak berdekatan dengan SKSS.

pada hari pertama di sekolah baru..

aku ditempatkan di dalam kelas satu berlian, dan aku masih ingat kelas pertama yang aku hadiri ialah kelas pendidikan jasmani memandangkan proses mendaftarkan kelas memakan masa sehingga petang.. di kelas baru aku itu , aku mula mengenali kawan-kawan baru aku dan antara nama-nama yan dapat aku ingati sehingga sekarang ialah hanif, aimul, dan azrai .. nama-nama yang lain sudah hilang dalam perjalanan aku meningkat dewasa..

semuanya indah di sekolah baru ku itu, di situ aku mula memasuki pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan diantaranya ialah pertandingan melukis dan pertandingan bercerita..

untuk pertandingan melukis, aku telah memenangi tempat pertama dengan lukisan buah-buhan tempatan. dan hadiah yang aku terima ialah 100 buah buku tulis kecil .. dan bagi pertandingan bercerita, aku memperdengarkan cerita "orang miskin dengan kapak buruknya" <--ni kot tajuk cerita tu.. huhu .. dan untuk pertandingan ini, aku mendapat tempat kedua.. dan memenangi 50 buah bulu tulis berlencana sekolah .. tiada perasaan yang dapat aku rasa ketika diberitahu aku memenangi hadiah cuma aku gembira bila lukisan dan cerita aku dipuji oleh kawan-kawan dan cikgu-cikgu ..

tetapi semua itu tidak bermakna bilamana ayah dan emak tiada semasa hari penyampaian hadiah ..

ahh, aku sudah biasa kini ..

perpindahan aku ke sekolah baru ini, sedikit sebanyak membentuk sebahagian besar keperibadianku kini, kerana

di sinilah aku betul-betul belajar membaca, menulis, mengira
di sinilah aku belajar segala jenis permainan,
di sinilah aku mengenal erti rakan-rakan,
di sinilah aku belajar erti jatuh dan bangun,
di sinilah aku belajar erti cinta,
di sinilah aku belajar menjadi aku,
hanya disini saja....

p/s: tribute kepada kawan-kawan darjah satu yang sudah aku lupakan nama kalian dan kepada cikgu darjah satu juga ... cikgu rosnah rasanya .. terima kasih

2 comments:

atique i am said...

xde cite present tense ke ajon?

Anonymous said...

ala atique , cerite present tak best la nak cte .. bosan jek ..