Monday, January 26, 2009

1990 - parut di dahi (harry potter kot)

rakan-rakan melihat dan mereka akan bertanya..

rakan-rakan : mane kau dapat parut kat dahi tu weh??
aku : hehehe... meh aku bercerita .. (akukan mega)

pada tahun tersebut aku berumur 5 tahun .. tak silap aku lah ... dan aku akan ceritakan susun atur kawasan kampung aku sebelum menjadi seperti kampung sekarang...

rumah atuk, ialah sebuah rumah kayu yang dibina di atas tiang...mungkin untuk mengelakkan banjir memandangkan tanah gambut yang menjadi tapak didirikan rumah itu.. rumah asal hanya mempunyai 3 bilik sahaja yang mana menempatkan satu bilik besar dan dua bilik kecil.. bilik besar didiami atuk dan dua lagi bilik untuk anak-anak nya sebanyak 11 orang (pakcik dan makcik aku termasuk mak aku) ..seiring dengan pertambahan ahli keluarga, rumah yang sedia ada, dibesarkan lagi dengan menambah ruang baru di bahagian belakang yang mana menempatkan dapur, dan 2 lagi bilik untuk anjang dan busu..

rumah yang indah ini diserikan lagi dengan laman yang luas dilitupi dengan rumput yang hijau dan bunga-bunga yang indah.. selain itu, di kawasan laman juga terdapat pokok rambutan, pulasan, jambu dan berbagai-bagai lagi jenis pokok buah-buahan..

turut dibina ialah sebuah kolam yang terdapat dibahagian kiri laman rumah atuk.. kolam itu yang kini sudah tiada menjadi salah satu tempat yang paling aku suka lepak suatu masa dulu.. di situlah aku dan sepupu-sepupuku bermandi manda, belajar berenang, lemas, baling-baling batu dan menangkap ikan (takda ikan pun sebenarnya) ...

untuk melengkapkan ciri-ciri keselamatan di kawasan kolam itu, atuk telah membina tiang-tiang batu disekitar kolam dan menyambungkannya dengan rantai yang panjang bagi mengelakkan cucu-cucu kesayangannya (aku lah kot..hehe) jatuh semasa berlari-lari .. danpada suatu hari.....

salah seorang pakcik aku pulang ke kampung untuk menziarahi nenek dan aku seperti biasa akan terkinja-kinja kerana berjumpa dengan pakcik akan berlari-lari di kawasan laman.. dan menjadi kebiasaan keluarga atuk, pada waktu petang, kami akan berehat-rehat di atas para di bawah pokok rambutan (pokok rambutan tumbuh di sebelah kolam) untuk berbual-bual bercerita tentang perkembangan hidup masing-masing ditemani dengan cekodok dan secangkir kopi..

aku yang nakal tidak bertempat berlari-lari dan aku seperti biasa akan cuba untuk menarik perhatian pakcik dan atuk.. dan dalam usaha untuk menarik perhatian ini, aku telah menemui dengan sepotong papan panjang ... aku yang konon-kononnya pandai terus meletakkan papan itu di atas rantai yang menjadi pagar kolam .. konon-kononnya untuk bermain jongkang-jongkit.. aku pun duduk dibahagian bawah dan alamak , sapa yang nak menjongketkan aku ni.. hahaha .. bodohnya ... hax .. atas usaha aku yang tidak berbaloi itu, tanpa disedari atuk, aku pun mencuba aksi-aksi yang baru iaitu, berjalan di atas papan , konon-kononnya boleh la berjalan sampai kehujung.. salah aku jugak, kerana aku tidak tahu yang Sir Issac Newton telah menemui hukum graviti pada masa itu...

selangkah, dua langkah ... lepas lagi ni....

selangkah lagi ...... ( aku boleh!!) .. selangkah setersnya... (atuk, tengoklah , cucu atuk pandai )...

selangkah lagi .. GEEDEEBUUKKK!!! ... aku jatuh .... aku landing dahi dulu .... terus aku melalak, darah mengalir deras dari luka didahi ...

aku : AAATTTUUUKKKK!!! saaaaakiiiitttt!!! ... isk isk isk .... (ayat biasa aku untuk atuk)
atuk : tu la ko... padan muka .. (riak-riak gelabah keluar dari wajah atuk)

aku dipujuk, dahi aku sakit, darah terus mengalir ... aku masih ingat entah apa punya pandai pakcik aku masa tu, dia amik daun apa entah, dikunyahnya daun tu dan terus ditempeknya di dahi aku .. sakitnya .... namun, psikologi aku apabila dibelai membuatkan tangisanku reda ... dan disebabkan bergantung kepada rawatan tradisional tersebut dan tiada langkah-langkah yang lanjut diambil, luka ku didahi tetap sembuh dan ia meninggalkan parut di dahi yang mana bila aku berkerut, sah nmpk satu parut 'harry potter' jelas didahi..dan aku puas, kerana aku tau, atuk sayang aku ....

kesimpulannya adik-adik ... jangan la nak tarik perhatian sangat-sangat.. padah hasilnya .. hax ....

p/s : akan aku usahakan untuk meletakkan gambar kampung aku pada suatu masa dahulu

1 comment:

Unknown said...

aww..itu ke crite how u got dat fav Harry Potter scar of mine syg?? huhu.njoying reading ur stories time kecik2 dlu.an eye opener..mwax