Tuesday, January 27, 2009

1992 - katakan tidak pada botak..mengapa??

post ini berkaitan dengan sebab-sebab aku katakan tidak pada botak

menjelang masa-masa aku untuk berpindah ke rumah baru, ayah dan emak telah menghabiskan masa hujung minggu untuk menyediakan rumah yang bakal kami duduki.. maksud menyediakan yang aku nyatakan disini ialah, proses mengemas dan membasuh rumah baru kami.. aku dan adik aku lely (masa itu hanya kami dua beradik) tidak terlepas peluang untuk turut sama menolong membasuh walaupun kehadiran kami hanyalah menambahkan beban.. tetapi walau bagaimanapun, apa yang pasti, kami berseronok di sana.. sehinggalah pada satu hari...

hari itu hari minggu, family aku dan juga family pakcik aku tak silap aku family mak normah telah datang untuk membersihkan rumah.. ouh , mak normah membeli rumah belakang rumah kami... para ibu bapa memjalankan tugas-tugas mereka dan seperti biasa aku dan sepupu-sepupuku akan berlari-lari di sekitar kawasan yang memang masih di dalam pembinaan itu.. kawasan rumah aku ni dibina di atas bekas lombong dan kawasan sekitar masih lagi memperlihatkan ciri-ciri lombong dengan dipenuhi oleh batu-batu kecil yang amat menarik minat aku semasa kecil .. "boleh buat batu cincin" kataku setiap kali menjumpai batu menarik..

aku dan sepupu-sepupuku akan mengutip batu yang terletak di sungai bersebelahan dengan rumah (sungai long namanya) dan kami akan membaling masuk ke dalam sungai .. kiranya, siapa baling paling jauh, dia lah paling hebat.. haha .. sungguh meriah perayaan membaling batu kami sehinggalah secara tidak sengaja, salah seorang sepupu aku telah membaling batu dan terkena tepat di kepala aku ... aku seperti biasa akan menangis dan dengan darah yang berjujuran berlari mendapatkan kedua-dua orang tuaku ...

sakit sangat ... isk2 ...

nasib malang aku tidak berhenti di situ, setelah darah berhenti mengalir, aku meneruskan aktiviti berlari-lari seperti biasa dan terdapat satu benda yang amat menarik perhatian kami pada waktu itu.. benda yang terletak di padang depan rumah itu ialah mesin pembancuh simen.. kami sepupu sepapat akan bermain dengan pemusing, dan memutarkan tong simen itu, kebahagian atas, ada diantara sepupuku yang akan menaiki tong tersebut dan kami akan ketawa kegembiraan.. sedang kami seronok bergelak tawa, tiba-tiba kami dikejutkan dengan salakan anjing.. kami yang terkejut berlari bertempiaran dan aku yang 'genius' dengan pandainya telah memanjat alat pemusing pembancuh simen dengan alasan, anjing tak boleh gigit ... dengan tidak semena-mena, pemusing itu bergerak dan aku yang sedang memanjatnya terpusing sama.. kiranya 180 darjah terpusing dan aku terus terjatuh dengan kepala mencium bumi dahulu ... lukaku yang baaru berhenti berdarah kembali berdarah, dan menjadi semakin besar ... darah berjujuran namun aku tidak dikasihani malah dimarah kerana cuba menjadi 'genius' ... isk2 .. sedih tau ..

kejadian ini menyebabkan kehadiran parut dibahagian belakang kepala aku .. kalau tak pecaya tengok la menyebabkan aku berasa malu jika dibotakkan kepala.. aku akan menjadi tertekan setiap kali ayah membawa aku ke kedai mamak, kerana stail biasa ayah untuk aku ialah "botak, no 1" kerana jika perkara itu berlaku, aku akan ditertawakan di sekolah dan nama aku akan bertukar dari aizad menjadi 'botak' .. hax ... itulah sebabnya aku tanak botak sehinggalah sekarang, cuma setahun dua ni je yang aku rajin botak sebab seronok .. kalau orang nak panggil aku botak pun, aku tak kesah .. tak pun nak panggil aku 'parut' ke .. mmg aku tak kesah.. sbb aku tau, parut tu salah satu kisah dalam hidup aku dan aku bangga dengannya, kerana aku tau aku ni 'genius' masa kecik-kecik .. hehehe .. ouh , tidak lupa juga, mungkin semangat 'batu' memang sudah ada dalam diri aku semenjak dulu...

kesimpulannya adik-adik, jangan jadi 'genius' macam abang ye... hehe

1 comment:

anak encik Jantan said...

haha pdan la ko ambk geologi kan..dr kecik upenye dah asyk b'main dgn batu..